Wednesday, October 6, 2010

Lawak Cikgu dan Muridnya


 PART I


Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.



Cikgu Nasyor: 'Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah'



Mat : 'Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.'







PART II



Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?



Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,



Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?



Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.





PART III



Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?

Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.

Cikgu : Mana tepungnya??

Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??




PART V

Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, cikgu

Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.

Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?

Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...

Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

0 bebelan:

Post a Comment