Friday, October 22, 2010

jom tengok mereka berenang-renang

HOBI BARU

aku bina akuarium..
hobi yg berjimat cermat 
akuarium: rm10(sape nak leh call aku)
air pump 1 set rm 8
pasir puteh rm 1.80
garam tonic rm 1.20
pokok hidup FOC
batu sungai FOC
 
nie ikan guppy ... ade banyk jenis... nnt post yg akan datang akan fik diceritakan secara terperinci pasal ikan nie secara terperinci.. cuma harga ikan nie hanya rm 1.50 seekor. so permulaan dengan 4 ekor dlu.
seekor jantan dan 3 betina. sebab pemilihan.. kalu beli 2jantan n 2 betina... ia akan merugikan.. kerana 2 yang jantan nie akan berebut betina yg cantek jew... dan seekor lagi akan tersisih.. kalo jantan seekor nie.. 3 yg betina nie leh jew kongsi 1 jantan... ikan betina kan BAIK-BAIK.

 HARI KEDUA:
hari kedua ~ huhu... fik dan adik ke pet shop lagi.. topup lagi ikan...
nie plak ikan koi kecil. murah betol ikan nie rm 1.00 sepuluh ekor.( sposen sekor)
beli spuluh ekor jew.. sebab nak beli spesis lain lagi.
dah nampak makin meriah pada hari kedua... hehhhe

 zoom pada ikan koi kecil nie.. ade yang sepenuh nye putih dan .. ada yang ade tompok2 oren

nie satu lagi yang sempat grab hari nie(hari kedua)
selalu di panggil as ikan majlis perbandaran.
atau ikan lumut.(aku panggil mr.Lumut)
harga rm2.00 seekor. 
mungkin kidmat nye diperlukan dalam ekosystem dalam kubik nie .. hehhhe

akan datang.. fik akan cerita pasal makanan ikan... sifat2 ikan... cara penjagaan.. dan macam2 lagi lah kot...
dan .. pasti nye naizatul pasti akan jeles ngan post kali nie.. hehhhe

Wednesday, October 6, 2010

Beza Antara Lelaki dan Wanita Sewaktu Lunch. Betul Ke?


Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali 
7. Makan 
8. Habis 
9. Balik Opis or 10. G surau

Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii..
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak..
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk..
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

No wonder women are more complex than men emotionally

Lawak Cikgu dan Muridnya


 PART I


Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.



Cikgu Nasyor: 'Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah'



Mat : 'Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.'







PART II



Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?



Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,



Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?



Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.





PART III



Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?

Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.

Cikgu : Mana tepungnya??

Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??




PART V

Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, cikgu

Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.

Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?

Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...

Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..